Thursday, August 4, 2011

MyLife.on.Ramadhan : 3rd day

Assalamualaikum n salam sejahtera
Hari ini len daripada yang lain.
Mungkin disebabkan aku tak pergi kerja.
Bukan tak nak pergi.
Tapi hujan yang memaksa aku tidur dengan lebih lama.
(alasan je tu. miahaha)*

Sekarang bukan nak cerita pasal kerja.
Akan tetapi aku mahu bercerita pasal kejadian berbuka tadi.
(bunyik gempak)*
Pada kebiasaannya, apabila anda berada di Universiti semasa cuti,
sudah semestinya di sana tidak ramai orang.

Tinggallah 3 orang jejaka dan seorang jejaki dara di KFK
(ni cerite aku le)*
Selalunya semua ingin pergi beli juadah berbuka bersama,
tetapi tidak untuk hari ini kerana aku sangat malas untuk mengikuti meraka.
Ini kerana bazaar itu sangat jauh dari tempat kediaman.
(alasan je tu, padehal nak sambung tido sampai berbuka)*

Sememangnya tiada apa untuk aku cerita di sini.
Tetapi hendak juga memberitahu kerana
LAUK BERBUKA PUASA UNTUK HARI INI SANGAT SEDAP!!
(terima kasih tuhanku kerana mengurniakan makan yang lazat2 di dunia ini)
Inilah salah satu daripadanya.

Gambar sekadar hiasan yang diperoleh daripada Mr.Google : IKAN PATIN MASAK GULAI TEMPOYAK
Dan setelah dibincang semula,
mulai esok, kami akan masak nasi sendiri dan
hanya perlu membeli lauk di bazaar.
(yip yip horray! dapat makan nasi panas akhirnya!)*


Sekian sahaja untuk hari ini,
kita bertemu lagi pada di lain hari dengan bersama
~ iByme ~
peace yo
wahhaha

No comments:

Post a Comment