Friday, August 5, 2011

MyLife.on.Ramadhan : 4th day

Greetings!

Part 1 : Praktikal

Hari ini, seperti biasa, aku ke pejabat.
Walaupun tiada apa yang hendak dibuat di sana,
namun, aku tetap hendak menyibukkan diriku ini
dengan menolong rakan seperjuangan di pejabat itu.
Nasib baik aku minta buat kerja yang boleh dikatakan mudah.
Ianya adalah membuat slideshow.
Hanya perlu tambah watermark dan seterusnya,
mengupload di Photobucket.
Kemudiannya, publish!
Selesai!!

Part 2 : Chatting

Petang tadi, aku berborak menerusi sesawang Facebook
bersama adik angkat aku yang bernama *W*N*S
Dia menanyakan jika mamat ini,
1. Hensem ke? Jambu ke?
2. Laku atau tidak untuk menjadi Peragawan? model ?
Sedikit sebanyak mengenai mamat itu
182cm, 19tahun, Noob!
Lepas sahaja berborak mengenai mamat ini,
beralih pula ke topik yang agak moody,
Adik angkat aku menanyakan kepada aku,
mengapa aku tidak memberitahu dia setelah aku pulang ke UTM.
Ini kerana dia pun ada di sini (di Johor Bahru juga)
Jika aku memberitahu kepadanya bahawa aku telah pulang ke UTM,
bolehlah dia mengajak aku berbuka bersama.
Tetapi, apakan daya. aku seorang pemalu ( WTH?! )
Sebagai penutup untuk perbualan ini,
aku mengatakan bahawa aku hendak pulang daripada kerja.
Thats the end of the story.

Part 3 : Berbuka

Hari ini seperti biasa, peneman berbuka puasa di Kelab Fotokreatif.
Tiada kurang tiada tambahan ahli,
hanya Acong, Shrek, Nada dan juga aku.
Masing-masing dengan juadah sendiri.
Aku hanya berbukakan Mee goreng,
Shrek berbukakan dengan Nasi Kerabu.
Acong berbukakan dengan Mee Rojak.
Dan akhir sekali ialah Nada dengan juadahnya iaitu Mee Hoon Goreng.
Juadah sampingan adalah Samosa, Tauhu bakar (paling mahal)
Murtabak dan tidak dilupakan iaitu Kurma Yussuf Tayob.

Selesai sahaja berbuka,
aku pun dengan bersahaja mengambil CD Gambar Praktikal.
Aku memilih CD itu secara rawak.
Secara keseluruhan komen aku adalah
focusing is something to care about.

Jadi, kepada sesiapa yang ingin memantapkan lagi
focusing on SLR camera,
luangkanlah masa anda dengan saya.(respectable,cewah!)

p/s : takde idea nk wat post, tapi panjang berjela-jela.huuhuu



No comments:

Post a Comment